Blog ni dari aku zaman2 kolej lagi, boleh kata masa tu semua aku tulis di blog. Yg baca nya bukan banyak pon, kalangan teman2 kolej juga. Tapi aku ni perangai tak suka benda banyak. Bila sudah banyak post, aku padam aku padam dan aku padam.
Lepas tu bila sudah habis kolej masuk universiti, aku sudah jarang menulis. Tulis bila hanya aku ada masalah saja, sebab bila ada masalah otak aku jadi geliga dengan segala ayat2 puitis. Nanti bila dah selesai masalah, aku padam aku padam dan aku padam balik. Mungkin sebab tu aku tak pandai belajar dari pengalaman kan?
Hari ini, aku mula menaip lagi. Sampai bila itu aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku mahu menaip.
So, Assalamualaikum.
Saturday, March 31, 2012
So, Assalamualaikum.
Posted by llyna at 6:56 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)
