Aku suka menulis. Kalau boleh aku mahu menulis tanpa batasan. Kalau boleh aku mahu konsisten dalam menulis. Darah menulis itu ada dalam diri, cuma penyakit malas itu susah dibendung. Aku susah mahu berkongsi cerita dengan dunia luar kerana aku percaya setiap orang harus tahu ada privacy. Tapi aku cuba, untuk bercerita seluas mungkin tapi masa yang sama masih tetap jaga line privacy itu.
Blog ini, aku mula tika jiwa aku hancur dahulu. Kalau yang pernah baca blog ini dari awal, semua post disini dari mula nya memang happy semata.( tak payah cari, sudah delete. ) Pelik, macam mana yang hancur boleh segembira itu. Sebab masalah aku, itu masalah aku. Sakit, perit pun kalau itu masalah aku, biar aku tanggung sendiri sudah. Kamu yang di luar sana i am 100% sure kamu juga ada masalah sendiri. Jadi buat apa aku tambah lagi, kan? ;)
And now, i am dying inside. So more writing, yeay!

